Ahad, 22 September 2013

HB Low !!


Salam semua :)

Apa pengalaman paras hemoglobin (hb) korang semasa mengandung?

Dalam paras baik ataupun semakin menurun?
Kekurangan hemoglobin dalam darah semasa mengandung adalah petanda tidak baik untuk ibu dan bayi. Tambahan pula, masa tu selera makan tak menentu dan sedikit sebanyak menjejaskan keperluan nutrisi yang diperlukan.

Sebenarnya paras hemoglobin yang rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan berlakunya anemia. Dan tahukah korang bahawa secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami masalah ini dan secara umum orang yang kurang hb dipanggil Anemia.

Tahukah korang kenapa hb boleh rendah semasa hamil walaupun awal kehamilan bacaan sangat cantik?
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.  
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi: 
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet 
  • Kekurangan asid folat 
  • Pendarahan gastrointestinan 
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir 

Pesakit anemia ini biasanya kekurangan zat besi di dalam badan. Namun begitu, sekiranya jumlah zat besi dan asid folic mencukupi, ada kemungkinan korang boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan akan menjadi lebih besar sekiranya:
  • Jika mempunyai morning sickness teruk dengan muntah yang kerap 
  • Jika mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan 
  • Jika mempunyai kehamilan berganda 
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil memerlukan 18-27 gram zat besi setiap hari. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Apakah simptom kekurangan zat besi?
  • Keletihan yang berlebihan 
  • Jika keadaan menjadi parah, boleh menyebabkan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.
Jadi bagaimana cara untuk menambah hemoglobin (hb) semasa hamil?

Sekiranya punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Pengambilannya perlu bersama makanan untuk mengelakkan mual. Dalam rangkaian produk Shaklee, vitamin yang dapat membantu untuk meningkatkan paras hb adalah Vitalea withiron formula iaitu formulasi zat besi dalam multivitamin. Tapi harus diingat, elakkan pengambilan zat besi/vitalea bersama susu atau produk tenusu kerana ia mengurangkan keberkesanan serapan zat besi dalam badan.

Terdapat 2 jenis anemia iaitu:
  • Anemia ringan (Hb 9-11gm%) 
Digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Sebab itu digalakkan ibu hamil mengambil set hamil yang lengkap terdiri dari Vitalea dan B complex bagi pembentukan sempurna hemoglobin
  • Anemia teruk (<8gm%) 
Ibu hamil mungkin akan diberi oleh doktor suntikan zat besi (Imferon) atau membuat pemindahan darah
Juga digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Itu dari segi pemakanan supplement. Bagaimana pula cara menambah hemoglobin (hb) ibu mengandung melalui pemakanan? Apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan Hb?
  • Makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. 
  • Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus. 
  • Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.

Kita dah lihat bagaimana pentingnya bacaan hemoglobin yang tinggi semasa hamil, simptom dan cara untuk mengatasinya. Tahu taka apa terjadi sekiranya paras hb kekal rendah sehingga kelahiran? 

Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
  • Mengalami keguguran 
  • Mengalami kegagalan jantung 
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan: 
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Sebab itulah dalam set hamil Shaklee, kombinasi Vitalea, B complex, Vitamin C adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan dengan baik. Ditambah dengan ESP dan Ostematrix, ibu merasa lebih bertenaga, tidak letih dan tidak mengalami sakit badan atau risiko osteoporosis untuk jangka masa panjang. 

Testimoni yg berjaya menambah HB selepas mengambil set shaklee..


Dapatkan Set Kehamilan dari MyVita Harmony dengan Harga SUPER Hebat =D

Pn Khai
Fanpage: MyVita Harmony
Call/sms: 012-264 4483


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...