Selasa, 10 September 2013

Kepala BOTAK!! Rambut GUGUR!!

Assalamualaikum..

Sesuai dengan tajuk diatas Khai juga mengalami rambut gugur yg teruk sejak melahirkan anak ke 2..Bak kata orang tua2 bila anak pandai buat buih rambut si ibu akan banyak gugur..Mungkin ini sekadar mitos kerana terdapat faktor2 lain kenapa berlakunya keguguran rambut..

Antara 9 faktor yg patut tahu..
~ 50-100 urat rambut sehari putus selepas kelahiran.
~ Hormon berubah selepas bayi dilahirkan.
~ Walaupun rambut gugur selepas bersalin ianya tak akan menjadi boak.
~ 85-95 % rambut berehat.
~ Lepas berehat rambut akan gugur.
~ 100helai sehari rambut akan gugur.
~ Rambut banyak gugur masa mandi.
~ Wanita berambut panjang sering merasakan keguguran rambut.
Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat.

TAKUT NYA KALAU JADI BOTAK!!!!

Apa Anda perlu lakukan?

- Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

- Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

- Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

- Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.


Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Oleh itu Zinc com dan Bcom dapat membantu masalah rambut gugur..
~ Zinc com 
Menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

~ Bcom
Anti-stress, Menstabilkan hormon dalam badan.

Inginkan rambut yg sihat menawan? 
Dapatkan di MyVita Harmony..

Harga SUPER Istimewa =D

Pn Khai ( Khariatul Hakmah )
Fanpage: MyVita Harmony
Email: khariatulhakmah@gmail.com
Call/sms: 012-264 4483



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...