Jumaat, 20 September 2013

Adoi sakit gigi!!!

Salam semua dan selamat petang =D

Hari ini Khai nak share tips ataupun Petua Sakit Gigi – Merawat Dan Mengurangkan - Sakit gigi amat menyeksakan..

Maklumlah baru2 ni Khai sakit gigi jadi Khai cuba petua ini alhamdulillah berhasil..Jom tengok per petua nye :-) 

Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi: 

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang. ( yg Khai cuba =D )
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang. 
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam. 
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. 
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas. 
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi. 
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit. 
  • Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
Ataupun untuk lebih petua klik di sini http://princehardy.blogspot.com/2013/04/petua-sakit-gigi_1.html ..Semoga perkongsian ini berguna untuk kawan2..

ps: Rajin2 buat rawatan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...