Memaparkan catatan dengan label Set Kehamilan Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Kehamilan Shaklee. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

HB Low !!


Salam semua :)

Apa pengalaman paras hemoglobin (hb) korang semasa mengandung?

Dalam paras baik ataupun semakin menurun?
Kekurangan hemoglobin dalam darah semasa mengandung adalah petanda tidak baik untuk ibu dan bayi. Tambahan pula, masa tu selera makan tak menentu dan sedikit sebanyak menjejaskan keperluan nutrisi yang diperlukan.

Sebenarnya paras hemoglobin yang rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan berlakunya anemia. Dan tahukah korang bahawa secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami masalah ini dan secara umum orang yang kurang hb dipanggil Anemia.

Tahukah korang kenapa hb boleh rendah semasa hamil walaupun awal kehamilan bacaan sangat cantik?
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.  
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi: 
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet 
  • Kekurangan asid folat 
  • Pendarahan gastrointestinan 
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir 

Pesakit anemia ini biasanya kekurangan zat besi di dalam badan. Namun begitu, sekiranya jumlah zat besi dan asid folic mencukupi, ada kemungkinan korang boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan akan menjadi lebih besar sekiranya:
  • Jika mempunyai morning sickness teruk dengan muntah yang kerap 
  • Jika mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan 
  • Jika mempunyai kehamilan berganda 
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil memerlukan 18-27 gram zat besi setiap hari. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Apakah simptom kekurangan zat besi?
  • Keletihan yang berlebihan 
  • Jika keadaan menjadi parah, boleh menyebabkan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.
Jadi bagaimana cara untuk menambah hemoglobin (hb) semasa hamil?

Sekiranya punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Pengambilannya perlu bersama makanan untuk mengelakkan mual. Dalam rangkaian produk Shaklee, vitamin yang dapat membantu untuk meningkatkan paras hb adalah Vitalea withiron formula iaitu formulasi zat besi dalam multivitamin. Tapi harus diingat, elakkan pengambilan zat besi/vitalea bersama susu atau produk tenusu kerana ia mengurangkan keberkesanan serapan zat besi dalam badan.

Terdapat 2 jenis anemia iaitu:
  • Anemia ringan (Hb 9-11gm%) 
Digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Sebab itu digalakkan ibu hamil mengambil set hamil yang lengkap terdiri dari Vitalea dan B complex bagi pembentukan sempurna hemoglobin
  • Anemia teruk (<8gm%) 
Ibu hamil mungkin akan diberi oleh doktor suntikan zat besi (Imferon) atau membuat pemindahan darah
Juga digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Itu dari segi pemakanan supplement. Bagaimana pula cara menambah hemoglobin (hb) ibu mengandung melalui pemakanan? Apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan Hb?
  • Makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. 
  • Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus. 
  • Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.

Kita dah lihat bagaimana pentingnya bacaan hemoglobin yang tinggi semasa hamil, simptom dan cara untuk mengatasinya. Tahu taka apa terjadi sekiranya paras hb kekal rendah sehingga kelahiran? 

Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
  • Mengalami keguguran 
  • Mengalami kegagalan jantung 
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan: 
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Sebab itulah dalam set hamil Shaklee, kombinasi Vitalea, B complex, Vitamin C adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan dengan baik. Ditambah dengan ESP dan Ostematrix, ibu merasa lebih bertenaga, tidak letih dan tidak mengalami sakit badan atau risiko osteoporosis untuk jangka masa panjang. 

Testimoni yg berjaya menambah HB selepas mengambil set shaklee..


Dapatkan Set Kehamilan dari MyVita Harmony dengan Harga SUPER Hebat =D

Pn Khai
Fanpage: MyVita Harmony
Call/sms: 012-264 4483


Selasa, 9 Julai 2013

SET KEHAMILAN SHAKLEE



VITA LEA with IRON FORMULA ( MULTIVITAMIN )
- vita lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
- vita lea kaya dgn iron ( zat besi ) di mana ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah mudah pitam dan mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah bahaya kepada ibu dan anak ketika bersalin kelak.
- oleh itu pengambilan vitamin sangat penting untuk semasa mengandung.

B COMPLEX
- b complek shaklee adalah unik kerana ianya telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kump vitamin B.
- asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bg mengelakkan kecacatan pd janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pd bayi khusunya " spina bifida "
- ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari.
- adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang utk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah ganguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin br terbentuk.

OSTEMATRIK ( KALSIUM MAGNESIUM DENGAN VITAMIN D )
- ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
- oste mengandungi kalsium, magnesium dan vita D. Dengan adanya vita D kalsium dpt diserap dgn lebih baik oleh tubuh kita.
- magnesium berfungsi utk membantu menggabungkan kalsium ke dlm tulang serta menguatkannya.
- kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang. 
- tidak mengandungi lemak berbanding bg ibu yg hanya bergantung dgn produk tenusu.
- membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot.
- menstabilkan denyutan jantung dan tekanan drh tinggi.
- sekiranya ibu mengalami masalah kekurangan kalsium, ianya akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlaku kerosakan pada gigi ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium utk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dgn sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu utk membantu menguatkn bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kpd risiko mendpt OSTEOPOROSIS pd usia tua.
- sangat sesuai bg org yg tidak suka munim susu.

ESP
- ianya sangat penting utk membina dan memperbaiki sel2 tisu, hormon dan enzim didlm tubuh
- sangat diperlukan oleh wanita yg mengandung dan menyusukan anak
- penting utk pembentukan kuku, kulit dan rambut. Protein yg berkualiti sangat membantu dalam pertumbuhan yg baik.
- ianya juga dikatakan kunci utk melawan penyakit
- ESP juga memberi ibu tenaga di mana bg mereka yg mengalami morning sickness yg sangat teruk.
 protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein membantu membekalkan asid amino yg bertindak membentuk otot dan bayi organ
- keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bg membantu pertumbuhan placenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yg bertambah
- keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester 3 bg membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Berminat? hubungi utk konsultansi dan harga ISTIMEWA
FB: Khariatul Hakmah
PAGE: MyVita Harmony
SMS: 012-2644483
EMAIL: khariatulhakmah@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...