Isnin, 17 Februari 2014

Menu Berpantang Selepas Bersalin

Salam dan selamat tengah hari...

Apa menu lunch kawan2 harini ker diet??? Kalau diet tu boleh tapi jangan sampai memudaratkan diri tau =D

Tapi kalau serius nak diet cuba add sekali supplemen yang membantu penurunan berat secara sihat dan masih boleh makan tak perlu diet ^_^

Ok berbalik pada tajuk :)) ada ker kawan2 yang sedang dalam pantang?
Wah pantanglah saat yang agak membosankan ;p

Bosan sebab tak boleh makan macam2 seperti udang, sotong, ketam mahupun fastfood =D ...Dilarang makan bersebab untuk kesihatan dalaman yerlah urat2 semua nak kena jaga kang masuk angin

Tapi ada cara nak buatkan ibu2 yg berpantang ni selera makan walaupun lauknye ikin bilis sahaja...Kat sini Khai kongsi kan 3menu berpantang

Kerabu Pegaga

Kerabu Pegaga

1 ikat pegaga ( bersihkan dan hiris kecil )
1 cawan kelapa muda

Bahan tumbuk

1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

Caranye

1- Tumiskan bahan tumbuk dan kelapa
2- Bila agak kering masuk pegaga dan tutup api
3- Kacau rata dan hidang



Daging Bakar


Daging Bakar

300gm daging lembut
Garam
Minyak

Cara
Gaul daging dengan garam dan panggang sehingga masak
Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat pada pemanggang



Sup Ikan Tenggiri

Sup Ikan Tenggiri

1 ketul ikan tenggiri
Sedikit Minyak Bijan
4 ulas bawang putih dicincang
Seulas halia diketuk
1 biji tomato
Sedikit daun sup

Cara

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

Mudah dan cepat disediakan jadi Selamat Mencuba ;))

Klik disini Resepi Daging Sapi Gongso dan lain-lain resepi yang menarik ^_^


                                         -------------------------------------------------
Khariatul Hakmah ( 951439 )
SMS / Whatsapp :- 012-264 4483
Fanpage :- MyVita Harmony
-----------------------------------------------------------------

3 ulasan:

  1. Sedapnya Khai lauk2 ni..orang yang tak berpantang pun berselera nak makan!

    BalasPadam
  2. you shared Very Helpful post with us and valuable content thanks for your article keep it up..
    No Addiction

    BalasPadam
  3. Amazing post you shared keep it up..
    <a href="https://www.bhagavadgitaquotesinhindi.com/'>bhagavad gita quotes in hindi</a>

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...